HAVING A NICE AND PERFECT DAY WITH THOSE THING......

|
Salam.
Hye readers !!

Salam saiyyidul ayyam (penghulu segala hari ). Hari ni kan hari Jumaat 10 Jun 2011 bersamaan dengan 8 Rejab 1423H, so aku pon dalam mood hari Jumaat; mood yang baik lah tu..=)
Ok. Hari ni aku nak share tips-tips camne nak dapatkan hari yang penuh barakah dan  ataupon bila kita translate in English we called that "hari yang penuh barakah" as having a perfect day.

Elemen-elemen yang perlu ada pada hari itu adalah....
(Sebenarnya lagi bagus lah kalau tiap-tiap hari kita adalah perfect day kita. Barulah muslimat sejati dak gitu ?)

# SOLAT PENUH LIMA WAKTU

-------> Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak

Amalan pertama yang di soal di Hari Akhirat ialah amalan Solat 5 waktu.
Solat Tiang Agama. Amalan yang membezakan antara kafir dan muslim adalah SOLAT...(ehsan iluvislam.com)
#SOLAT DHUHA

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Solat Dhuha ni kunci rezeki taw. Lagi bagus kalo kita baca surah Al-Waqiah lepas solat dhuha tu. Ibarat solat dhuha tu macam syampu dan surah Al-Waqiah tu ala-ala conditioner. Baru lah dapat hasil yang terbaik kan?



Dinamakan solat dhuha sebab solat ni kita buat lepas matahari terbit.
Doa ni bukan spesifik untuk solat dhuha je, kalo nak amalkan lepas solat fardu pon boleh. Yang penting ikhlas berdoa =")
#AL-MATHURAT
Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari-hari yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat
Rasulullah SAW yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan al-mathurat ni.
Kelebihan membaca Al Mathurat:
  • Tidak dihampiri syaitan
  • Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  •  Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  •  Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  • Selamat dari segala sesuatu.
  • Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  • Allah berhak untuk meredhainya
  • Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  • Terhindar daripada syirik.
  • Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  • Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  • Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  • Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  • Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
 #SOLAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ni solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi.Mesti tido dulu. Mak aku penah share ngan aku yang hakikat sebenar orang yang paling kuat bukannye johan angkat berat or pemegang pingat emas olimpik bina badan tapi orang yang ade kekuatan untuk melaksanakan solat di malam hari (solat tahajjud). Ape ingat senang ke dah sedap-sedap tido tu tetibe ko nak bangun solat? Dah la sunat, tak wajib buat. Ko rajin? Insya Allah la kan =')

Gambar sekadar hiasan. Huhu~
Takde lampu, pelita cap ayam pon ok what ?
 Aku rasa cukup dulu setakat ni. Amalan tu biar sedikit tapi berkekalan daripada banyak tapi sekejap je. Selamat beramal !!

* fuh, terkesan jiwa aku !! 

thanks for reading this entry =P

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER