Cara Pintas Semudah 123 Nak Lupakan EX Korang =")

|
 Salam.
Hye readers !!

Huhu. Berfikir panjang aku nak buat entry ni. Ye lah, kalo nak berkongsi tips tu biarlah tips yang berguna dan efektif kan?

Bagi korang-korang yang memang tengah mencari tips nak lupakan EX korang, membaca entry ni memang satu alternatif yang mungkin boleh membantu korang. So, aku harap tips ni semua boleh pakai dan korang boleh apply dengan jayanya =")




Bagaimana nak lupakan EX korang ????





1. TETAPKAN EXPIRED DATE


Korang cari lah satu tarikh after korang break up. Pastikan korang lapang pada hari tu supaya plan korang ni tak terganggu. Eloknya kalo korang juga ditemani seseorang yang boleh menjadi pendengar yang baik. Korang luahan kan ape saje yang korang nak cerita pasal ex korang tuh. Anything pasal dia. Yes !! Anything. Sebab lepas ni korang mesti mengharamkan diri korang sendiri daripada mengungkit cerita lama pasal ex korang. Kata nak lupakan ex korang kan? Hah, ni lah first step yang mesti korang buat. bercerita dan menangislah sepuas-puas hati korang. Takpe, first step always the hardest step :)



2. BERLAKON MACAM TAK PERNAH BERCOUPLE


A'ah. Bear in mind korang yang korang tak penah couple sebelum ni. Ini semua demi menguatkan mind setting korang untuk tidak berfikir atau teringat lagi tentang ex korang. Nak lagi ekstreme, blocked aje ex korang dari page Facebook korang.Haha. Kalo boleh, elakkan interaksi dua hala dengan ex korang buat sementara waktu. Ini kerana luka di hati korang mungkin belum sembuh sepenuhnya lagi. Namun, break up TANPA persengketaan atau tidak puas hati sangat-sangat digalakkan. Apabila sampai masanya, gunakan hati kering korang untuk menegur dan be friend dengan ex korang macam member-member korang yang lain. Buat slumber je !!




3. LUPAKAN PERKARA SWEET YANG PERNAH DIA BUAT KAT KORANG


Kalo korang asyik fikirkan kebaikan, suprise dan ke"sweet"an ex korang je, aku berani jamin yang korang perlukan masa yang lama untuk lupakan ex korang. Stop doing that ! Korang kena bukak chapter baru dalam hidup korang. Lupakan saat manis korang berdua serta-merta. Padamkan ingatan korang pada ex korang dengan cara yang bijak, drastik dan sistematik Contoh macam pulangkan hadiah ex korang ke, bako ke, bungkus dalam guni then buang kat laut ke. Ikut kreativiti masing-masing. Ingat !! Dulu je ex korang sweet, sekarang tidak lagi =")


Ok. Tu aje lah buat masa ni. Nama pon tips pintas nak lupakan EX kan? Memang pendek dan pintas lah. Sebelum tu, aku nak share :



Haha.. Jangan sampai korang bunuh EX korang sudah ~


thanks for reading this entry =)

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER