gambar busuk INTERNET DATING ~

| | 0 comments »
 Salam.
Hye readers !!




Hari ni aku tak larat nak type banyak-banyak sebab tadi petang tangan aku melecur terkena air panas yan tengah mendidih. Dah mengelembung dah ni 3 jari aku. Eksiden ni memang tidak berbau. Tapi tu semua tak patahkan semangat aku nak update something kat blog ari ni. Peh ~ waja gila semangat berblogging aku nih =")


Hari ni aku nak gebang-gebang pasal internet dating. Kalo ikut Wikipedia, maksud internet dating ialah:

Dating internet adalah sistem temu janji yang membolehkan individu, pasangan dan kumpulan untuk membuat hubungan dan berkomunikasi antara satu sama lain melalui Internet, biasanya dengan tujuan untuk membangunkan hubungan peribadi atau romantis seksual melalui Internet daripada penggunaan komputer peribadi atau telefon bimbit.






 See? Memang tak boleh blah kan ????

Ini yang paling worst !!
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=












addict sangat nak online nih ~



Hoii !! Pegi pakai baju dulu baru online la bhai ~
Nak muntah ?? Hahahaha !!

thanks for reading this entry =)

Cara Pintas Semudah 123 Nak Lupakan EX Korang =")

| | 0 comments »
 Salam.
Hye readers !!

Huhu. Berfikir panjang aku nak buat entry ni. Ye lah, kalo nak berkongsi tips tu biarlah tips yang berguna dan efektif kan?

Bagi korang-korang yang memang tengah mencari tips nak lupakan EX korang, membaca entry ni memang satu alternatif yang mungkin boleh membantu korang. So, aku harap tips ni semua boleh pakai dan korang boleh apply dengan jayanya =")




Bagaimana nak lupakan EX korang ????





1. TETAPKAN EXPIRED DATE


Korang cari lah satu tarikh after korang break up. Pastikan korang lapang pada hari tu supaya plan korang ni tak terganggu. Eloknya kalo korang juga ditemani seseorang yang boleh menjadi pendengar yang baik. Korang luahan kan ape saje yang korang nak cerita pasal ex korang tuh. Anything pasal dia. Yes !! Anything. Sebab lepas ni korang mesti mengharamkan diri korang sendiri daripada mengungkit cerita lama pasal ex korang. Kata nak lupakan ex korang kan? Hah, ni lah first step yang mesti korang buat. bercerita dan menangislah sepuas-puas hati korang. Takpe, first step always the hardest step :)



2. BERLAKON MACAM TAK PERNAH BERCOUPLE


A'ah. Bear in mind korang yang korang tak penah couple sebelum ni. Ini semua demi menguatkan mind setting korang untuk tidak berfikir atau teringat lagi tentang ex korang. Nak lagi ekstreme, blocked aje ex korang dari page Facebook korang.Haha. Kalo boleh, elakkan interaksi dua hala dengan ex korang buat sementara waktu. Ini kerana luka di hati korang mungkin belum sembuh sepenuhnya lagi. Namun, break up TANPA persengketaan atau tidak puas hati sangat-sangat digalakkan. Apabila sampai masanya, gunakan hati kering korang untuk menegur dan be friend dengan ex korang macam member-member korang yang lain. Buat slumber je !!




3. LUPAKAN PERKARA SWEET YANG PERNAH DIA BUAT KAT KORANG


Kalo korang asyik fikirkan kebaikan, suprise dan ke"sweet"an ex korang je, aku berani jamin yang korang perlukan masa yang lama untuk lupakan ex korang. Stop doing that ! Korang kena bukak chapter baru dalam hidup korang. Lupakan saat manis korang berdua serta-merta. Padamkan ingatan korang pada ex korang dengan cara yang bijak, drastik dan sistematik Contoh macam pulangkan hadiah ex korang ke, bako ke, bungkus dalam guni then buang kat laut ke. Ikut kreativiti masing-masing. Ingat !! Dulu je ex korang sweet, sekarang tidak lagi =")


Ok. Tu aje lah buat masa ni. Nama pon tips pintas nak lupakan EX kan? Memang pendek dan pintas lah. Sebelum tu, aku nak share :



Haha.. Jangan sampai korang bunuh EX korang sudah ~


thanks for reading this entry =)

MAD HOP yang gilaa !!

| | 0 comments »
 Salam.
Hye readers !!

Semalam aku ade la tengok kat tv3 dalam rancangan 360. Selalu aku tak melepak pon sekali ma dan abah aku tengok 360 ni. Semalam je aku terajin dan tertengok. Tengok punya tengok, aku tertengok pasal MAD HOP ni. Korang taw ape MAD HOP ni ?

Asalnya peralatan ini adalah untuk golongan OKU (Orang Kurang Upaya) berlumba lari. Nasib hasil kreativiti individu yang terlibat, maka lahir lah game MAD HOP ini yang berasal dari German.


Rancak betul taw diaorang ni. Aku pon dah macam ade interest nak try game ni. Nampak macam best, tapi tu lah aku takde LAGI chance ngan member yang nak join mende ni dengan aku. Huhu~

Ni antara gambar-gambar yang berjaya aku godek-godek kat Google. Kalo korang rajin lagi dan nak dapatkan lebih kepastian boleh godek-godek kat ghobok si Google lagi ye. =")

ni dah boleh kira sebagai taiko MAD HOP !!

ni harga dia mau nak dekat RM 1000 woh !!
macam-macam kaler ade..i like !!
game ni memang diorang selalu main depan public. Modus operandi promosi diaorang kot =")

So, bagi sape yang berminat nak cekidout more about this MAD HOP atau nak like page kat FaceBook, boleh lah klik kat <<SINI>>

or kalo nak lagi ekstreme, boleh pegi lancarkan adrenaline korang kat sini :
Level 2, BB Plaza.
Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

thanks for reading this entry =)

ENTRY BERGAMBAR 13 : Someone With Beautiful Eyes

| | 0 comments »
 Salam.
Hye readers !!

Korang kenal tak dia ni ?????????????

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=


Belum terserlah lagi time ni.......




Sekilas nampak macam Fasha Sandha lak pulak. Maaf !! Ni bukan Fasha Sandha ye...=)




Dah la mata dia ni lawa, senyuman pon lawa jugak...adesss ~



Tengok lah mata dia tuh jangan tengok peha dia pulak~




hye Qayyum !! hehe~
saya sangat menyukai pic ni. Very natural    =")





Ni lah Ixara Aishah a.k.a laila dalam citer Keranamu Laila kat tv3. Aku minat giler citer tuh. Mula-mula aku tak tau pon yang Ixara Aishah ni Naib Johan Dewi Remaja, so first time aku tengok Keranamu Laila tu aku perasan yang mata dia nih cantik. Ada attraction yang tersendiri gitu auwww. Haha.

Cantikkan mata dia ???






Someone With Beautiful Eyes.....Ixara Aishah.


thanks for reading this entry =)

ON MY TRACK...

| | 0 comments »
 Salam.
Hye readers !!

Track dan target aku sekarang. Dalam jangka masa pendek ni...

abiskan silibus dan latihan yang 500 banyak-gilerr tuh




lulus KPP TEST dengan jayanya. Boleh tak nak dapat 100% ? Hehe..



courtesy of schasblog.com; aku nak lesen L sendiri. Nanti boleh tolong hantar adik pegi sekolah. Mulia tak aku? Muahaha~




ouuhh sticker L, i rindu la kot you darling. Kau datanglah padaku wahai sticker kesayangan hamba....



Dan akhir sekali, sebijik motor baru untuk aku. Tak dapat MyVi, motor pon okay abah !! =")



Jangan lupa doakan kejayaan kita bersama !!





thanks for reading this entry =)

ENTRY BERGAMBAR 08 : A girl that makes you laugh

| | 0 comments »
Salam.
Hye readers !!

Nurul Najmin Najah = Amin = laugh..laugh and laugh....

Abaikan lubang hidung yang dibuat-buat besar tuh. I'm talking about the "mulut besar" not the "lubang hidung besar" okay =)


Ni lah that girl yang bagi aku gelak. Sokmo. Aku memang selalu gelak dengan budak kecik bermulut besar ni. Mulut besar bukan sebab makan banyak or suka gigit orang tapi suka bercakap potpetpotpet 24 jam kecuali time dia ni tido. Asyik bercakap je. Kadang-kadang ayat dia nih pedas giler macam mulut celupar-kecoh mak joyah taw.
Contoh macam ni :

abah: amin, tolong abah amikkan remote control. Abah nak tengok berita nih.
amin: abah niiiii...asyik suruh amin je. Ingat amin ni orang gaji ke ??
abah: ????
kakak (aku): a'ah..ko memang orang gaji pon. Dah jangan banyak cakap. Pegi amik remote control kasi dengan abah cepat !!

Dialog yang paling aku menyampah dengan dia ni ....

kakak (aku) : amin !! hensem tak ni??
amin: hensem..hensem..amin suka la ( sambil tersengih-sengih gatal..)
kakak: kakak pon suka..hehe (ajar budak-budak tak baligh lagi menggatal pulak aku ni..)
amin: tapi dia bukan suka kat kakak pon sebab muka kakak bintik-bintik banyak jerawat. Nanti dia geli. Amin pon geli.
kakak: Nah !! Ambik ko. Banyak bunyik sangattttttttttttt.....(buat-buat mengutip semua jerawat di muka aku ni dan lumur kat muka dia. Puas hati aku..haha)

kurang hasam betul !!


Ni la budak-budak zaman 1Malaysia. Patut la kena belajar sivik kat sekolah.....=")

Even dia ni banyak cakap dan selalu kurang ajar dengan aku kakak dia ni, dialah sumber inspirasi untuk aku bergelak ketawa sakan tiap-tiap hari aku kat rumah sebab dia masih naif dan kadang-kadang dia tidak mengetahui langsung maksud pertanyaan dan percakapan dia. Nak-nak kalo dia tersalah cakap, lagi aku nak gelak kuat-kuat. Haish, nama pon budak-budak tak cukup umur. Hmmm...



marah betul kalo aku cakap baby beruk ni best friend dia..haha







thanks for reading this entry =)

ENTRY BERGAMBAR 01 : You BFF

| | 0 comments »
 Salam
Hye readers !!

on the behalf OF minggu 22 ENTRY BERGAMBAR =), entry ni pasal BFF aku. Best Friend Forever or kalo kat ntv7 BFF tu stand for Be Fabulous Forever.

sikit-sikit nak camwhore. Ni dalam toilet ni nak taw ?


Aku sangat sayang gambar dan mereka-mereka yang dalam gambar ni. Time ni aku kat Sunway Pyramid. First time tengok mid nite movie. Alah, tengok citer 2012 yang bajet kontroversi tuh. Korang dah tengok movie ni ?Kalo belum boleh download secara haram kat sini. Berani klik lah. Huhu ~



Rezeki aku murah. Kakak gya belanja kiteorang. Malam tu melantak A&W gak even dah tengah malam pon. Sebab tu jangan tanya kenapa aku makin tembam. Tapi sekarang on the way nak turun berat badan dah sekarang nih. Haha =")

thanks for reading this entry =)

ENTRY BERGAMBAR =)

| | 0 comments »
Salam

Hye readers !!

ni adalah list entry bergambar untuk post yang akan, akan dan akan datang.




Hope i can make it in my way perfectly. huhu~






Thanks for reading this entry !! =)

HAVING A NICE AND PERFECT DAY WITH THOSE THING......

| | 0 comments »
Salam.
Hye readers !!

Salam saiyyidul ayyam (penghulu segala hari ). Hari ni kan hari Jumaat 10 Jun 2011 bersamaan dengan 8 Rejab 1423H, so aku pon dalam mood hari Jumaat; mood yang baik lah tu..=)
Ok. Hari ni aku nak share tips-tips camne nak dapatkan hari yang penuh barakah dan  ataupon bila kita translate in English we called that "hari yang penuh barakah" as having a perfect day.

Elemen-elemen yang perlu ada pada hari itu adalah....
(Sebenarnya lagi bagus lah kalau tiap-tiap hari kita adalah perfect day kita. Barulah muslimat sejati dak gitu ?)

# SOLAT PENUH LIMA WAKTU

-------> Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak

Amalan pertama yang di soal di Hari Akhirat ialah amalan Solat 5 waktu.
Solat Tiang Agama. Amalan yang membezakan antara kafir dan muslim adalah SOLAT...(ehsan iluvislam.com)
#SOLAT DHUHA

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Solat Dhuha ni kunci rezeki taw. Lagi bagus kalo kita baca surah Al-Waqiah lepas solat dhuha tu. Ibarat solat dhuha tu macam syampu dan surah Al-Waqiah tu ala-ala conditioner. Baru lah dapat hasil yang terbaik kan?



Dinamakan solat dhuha sebab solat ni kita buat lepas matahari terbit.
Doa ni bukan spesifik untuk solat dhuha je, kalo nak amalkan lepas solat fardu pon boleh. Yang penting ikhlas berdoa =")
#AL-MATHURAT
Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari-hari yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat
Rasulullah SAW yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan al-mathurat ni.
Kelebihan membaca Al Mathurat:
  • Tidak dihampiri syaitan
  • Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
  •  Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
  •  Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
  • Selamat dari segala sesuatu.
  • Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
  • Allah berhak untuk meredhainya
  • Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
  • Terhindar daripada syirik.
  • Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
  • Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
  • Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
  • Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
  • Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.
 #SOLAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ni solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi.Mesti tido dulu. Mak aku penah share ngan aku yang hakikat sebenar orang yang paling kuat bukannye johan angkat berat or pemegang pingat emas olimpik bina badan tapi orang yang ade kekuatan untuk melaksanakan solat di malam hari (solat tahajjud). Ape ingat senang ke dah sedap-sedap tido tu tetibe ko nak bangun solat? Dah la sunat, tak wajib buat. Ko rajin? Insya Allah la kan =')

Gambar sekadar hiasan. Huhu~
Takde lampu, pelita cap ayam pon ok what ?
 Aku rasa cukup dulu setakat ni. Amalan tu biar sedikit tapi berkekalan daripada banyak tapi sekejap je. Selamat beramal !!

* fuh, terkesan jiwa aku !! 

thanks for reading this entry =P

30 things in 30 days challenge - Day 2 :My Favourite Cartoon

| | 0 comments »
Salam
Hye readers !!


30 things in 30 days challenge - Day 2.Sepatutnye tajuk entry ni "My Favourite Movie" tapi pada saat ni aku lagi suka nak buat tajuk "My Favourite Cartoon".Adik aku suke sangat tengok kartun ni sampai terjangkit kat aku yang dah tua bangka ni pun.


 El Tigre: The Adventures of Manny Rivera


Apa cerita El Tigre: The Adventures of Manny Rivera ni ??

Suatu hari, Manny Rivera telah bersetuju  untuk  nak tolong prepare  konsert  baru Frida Suárez, sampai la diaorang dua orang  jumpa  rangka  yang menyebabkan  malapetaka. Manny berubah menjadi El Tigre, tapi dia tak taw cara menyerang kalo ade orang jahat, sehingga White Pantera (ayah si Manny Rivera @ El Tigre) dan Grandpapi ajar lah dia  macam mane untuk  membalas serangan dan ilmu mempertahankan bumi. Ayah dengan Grandpapi si Manny Rivera ni memang dah super hero. El Tigre mengikuti tengkorak tuh ke muzium dan mendapati  tengkorak ikut Mule Maya. Ketika El Tigre mencari Mule di muzium, Sartana of the Dead sudah mendapatkannya  dan dia  akan menggunakannya  untuk  menjahanamkan  Bumi. Setelah El Tigre mengalahkan Sartana, El Tigre menyelesaikan  Mule, tapi Sartana tidak peduli dan mula mencari di Mule's Gems. Sartana of the Dead telah memanggil semua penjahat untuk mencari Gems dan setengah  Miracle City dibawah kawalan Sartana of the Dead time tuh.Start kat sini la the adventures of Manny Rivera bermula. Yeaahh !!



ni la El Tigre a.k.a Manny Rivera. Hey Manny !! I love you good boy !!




yang pakai kot putih tu Rodolfo Rivera ayah Manny Rivera a.k.a White Pantera. Seseuai la ngan namanye kan ??


Grandpapi Manny Rivera. Kejap-kejap baik, kejap-kejap jahat.Undecided baik ke jahat. Nama dia PumaLoco
Kononnya awek atok si Manny Rivera. Sartana of the Dead. Lipstick Maybelline oyyeeahh !!

Frida Suarez. BFF El Tigre. Selalu bikin masalah taw dia ni. Takde power ape-ape tapi cute =")

Black Cuervo or Zoe Aves. Suka style Gothic dia. Ni musuh ketat El Tigre dengan Frieda Suarez. Suka menggoda dan sangat kejam~

Dah jadi Black Cuervo dah .....



Adik aku tengok cartoon series ni kat tv9 pukul 3 petang tiap-tiap hari. Aku pon join je la jugak kan. Hehe.

Adik aku ni memang taw.Camne la aku tak tengok kartun tahap budak-budak pra sekolah macam dia, Pukul 2.30 petang sampai lah pukul 5 petang dia conquer TV. Abes, bila masa nye turn aku nak tengok TV kan? Kire aku ni macam memanipulasi masalah aku sendiri la ni dengan meminati kartun yang adik aku minati jugak. So, no more rebut-rebut TV dah kan. Ahakss =")

Aku sangat minat karton El Tigre ni sangat-sangat buat masa ni. Rase macam nak kumpul koleksi El Tigre ni pulak. Hahaha. (*peminat fanatik apekah ini? )


thanks for reading this entry !! =)

Kasut Magik a.k.a My Dream Shoes :)

| | 1 comments
Salam
Hye readers !!


Korang penah ade kasut yang korang sayang tak? Mesti lah ade kan. Bohong la kalo kate takde. Even ko ade hanya sepasang selipar jepun saje pon, ko mesti sayang lapik kaki ko tu sebab selipar jepun ko tu lah yang kemana-mana saja ko bawa dari pegi kenduri sampai la ko pegi ke jamban kan? Ce try imagine kalo selipar jepun kesayangan tu diculik orang time solat jumaat, sure ko menyumpah kat pencuri tu kan? Menyumpah tu tanda sayang lah kawan !! <3

Bagi yang memang ade banyak kasut tu lagi lah kan, mesti ade kasut feveret. yang paling selesa, paling kiut dan mungkin paling mahal. Tapi ari ni aku nak share ngan korang pasal kasut magik yang bakal aku miliki.
Hahahaha. Sekali lagi ulang, yang BAKAL AKU MILIKI. Belum beli lagi taw..=p

Aku ni penggemar sneaker sebab aku ni sopan santun. Ok, aku tipu. Sebab aku ni lasak tak kena tempat. Kalo kasut flat ballerina tu tahan kat aku seminggu je pastu mesti da start terkoyak. Kenapa? Sebab aku ni  lemah lembut kasar, lasak dan sweet.Muahaha

kasut ini sangat megujakan aku bak terlebih paracetamol !!

Dapat lak sneakers ala-ala star yg glow in the dark dalam bedroom tu. Sangat cool okeh !!

Tapi tu belum aku tonjolkan lagi side feminin aku. Aku ni jugak silent follower fans of wedges taw. Compare stilletos ngan wedges, wedges lah menang tanpa bertanding kan ibarat Ikan Goreng dengan Fish and Chip kat Manhattan Fish Market tuh. Hahaha. Sungguh hyperbola !!

Tengok wedges ni pon dah terasa seksi, kalo pakai apatah lagi kan..Muahaha ~

Sungguh warna-warni sewarna lolipop hidupku !! hahaha
Okeh. Sekarang aku nak buat magik. Korang sedia ea ....


=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
Takde magik pon. Saje je nak showing-showing kat korang ni :




Suke..suke..suke...lagi suka kalo tambah studs. GlamRock la katekannnn..




gojes and awesome. No doubt. Absolutely.

Combination yang sangat perfect bukan ?

Tunggu nanti aku upload sneaker + wedges yang aku punya sendiri ea..=")




thanks for reading this entry !!

DISCLAIMER